HomeSukanLiga Super : Sabah FC gagal akhiri kempen dengan kemenangan

Liga Super : Sabah FC gagal akhiri kempen dengan kemenangan

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Sabah FC mengakhiri kempen saingan Liga Super dengan kekalahan tipis apabila tewas 1-0 di tangan Perak FC di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Dalam aksi malam tadi, skuad kendalian Martin Stano dari awal permainan lagi kelihatan ada masalah dalam percaturan mereka apabila dilihat ‘tunduk’ terhadap Perak yang lebih banyak menyerang dan mencipta peluang.

Pasukan pelawat lebih menguasai permainan dari sepanjang babak pertama dengan aksi perlawanan lebih tertumpu di kawasan tuan rumah.

Perak jelas mempunyai tekad yang kuat untuk mencipta gol dan dengan strategi yang tersusun, mereka mampu mencipta peluang berharga hingga berjaya memperdaya pemain Sang Badak pada minit ke-27.

Sepakan silang Muhammad Farris Izdiham Awang Kechik dari arah kanan gawang tuan rumah disudahkan secara percuma kapten Sabah, Rawilson Batuil yang meluru ke arah gawang terus menjaringkan gol sendiri untuk pasukan lawan.

Gol itu sekaligus menjadi hadiah ‘berharga’ buat Perak.

Meskipun tiga mata itu tidak mengubah kedudukan Sabah di tangga ketiga liga musim ini, misi Sang Badak untuk mencipta kemenangan di penghujung musim tidak kesampaian.

Bersambung babak kedua, Sabah berusaha mengubah kedudukan menerusi percaturan Muhammad Farhan yang dilihat berjaya mencipta beberapa percubaan menarik untuk menghasilkan jaringan, bermula pada minit ke-46.

Malangnya, hantaran lintang dibuatnya untuk disudahkan rakan sepasukan, Muhammad Firdaus Chew, gagal disempurnakan dengan baik apabila tersasar keluar di tepi gawang lawan.

Farhan berjaya mencipta beberapa peluang menarik hasil kelincahannya melarikan bola dari rebutan pemain Perak, namun kelemahan bantuan dari rakan sepasukan menyukarkan misinya mencari gol untuk Sabah. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH FC

RELATED ARTICLES
SukanUtama

Makluman laluan larian dan penutupan jalan bagi acara Borneo International Marathon...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular