HomeUtamaDigantung tugas, guru besar didakwa guna dokumen palsu

Digantung tugas, guru besar didakwa guna dokumen palsu

Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Seorang guru besar yang digantung kerja mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan peruntukan khas Ketua Menteri melibatkan RM85, 000.

Tertuduh, Abd Rasad Sadikir Sadikil, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di.sini, hari ini.

Pertuduhan pertama dan kedua, menyatakan bahawa Abd Rasad didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen iaitu Penyata Akaun bertarikh 19 Ogos 2021 dan Surat Sokongan Pegawal Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan N1 Banggi bertarikh 4 April 2021.

Kedua-dua dokumen palsu tersebut dikemukakan untuk menipu bagi tujuan mendapatkan sumbangan peruntukan khas Ketua Menteri untuk pembinaan Pejabat Pentadbiran Persatuan Komuniti Anak Banggi di Kampung Karakit Banggi, Kudat berjumlah RM85,000 yang disalurkan melalui Kementerian Kewangan Negeri Sabah ke dalam akaun bank milik seorang Wanita.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara April hingga Julai 2021 di Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Blok C Menara Kinabalu, Jalan Teluk Likas, Tanjung Lipat.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun yang sama yang memperuntukkan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Izzati Safiee, memohon agar dua pertuduhan baharu ini disatukan (consolidate) dengan empat lagi pertuduhan terdahulu yang dihadapi tertuduh. Nur Izzati turut memohon agar jaminan yang dikenakan dalam kes terdahulu dilanjutkan bagi kes baharu ini.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 12 Jun sebagai tarikh sebutan semula bagi kes ini bersama kes-kes terdahulu. Tiada wang jaminan tambahan dikenakan, kerana jaminan sedia ada terpakai untuk kes ini.

Pada May 21, 2024, Abd Rasad yang merupakan seorang guru besar, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan bayaran bekalan peralatan sekolah rendah membabitkan RM9,667.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Oktober dan Disember 2018 di Pejabat Am SK Manggis/ Mangkubou di Pitas.

Mahkamah sebelum ini membenarkan ikat jamin RM10,000, dengan hanya RM5,000 perlu didepositkan, serta seorang penjamin tempatan. Tertuduh turut diperintahkan melaporkan diri di pejabat SPRM dua kali sebulan, tidak mengganggu saksi pendakwaan, dan menyerahkan pasport kepada mahkamah, jika ada.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

RELATED ARTICLES
Utama

Perlu perkasa sektor berpotensi untuk bantu usahawan bersaing global -Andi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular