HomeUtamaSPM 2024 : Berkahwin awal antara punca calon tidak duduki peperiksaan

SPM 2024 : Berkahwin awal antara punca calon tidak duduki peperiksaan

Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Berkahwin awal selain mengalami masalah keluarga dikenal pasti sebagai antara punca utama calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menghadiri peperiksaan di Sabah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, selain itu terdapat calon SPM yang terpaksa bekerja bagi menyara kehidupan dan sebagainya.

Katanya, seramai 905 calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melibatkan 2.57 peratus tidak hadir peperiksaan SPM pada tahun lalu berbanding 984 calon (2.80%) pada tahun sebelumnya.

“Antara sebab utama pelajar tidak hadir adalah kerana mereka terpaksa bekerja untuk menyara keluarga dan ada juga yang telah mendirikan rumah tangga pada usia muda.

“Tetapi dengan usaha bersungguh-sungguh, kita untuk menziarahi anak-anak murid ini akhirnya kita dapat mengurangkan jumlah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pengumuman analisis keputusan peperikssan SPM 2024 bagi negeri Sabah di Wisma Pendidikan di sini hari ini.

Raisin berkata, ketidakhadiran pelajar bukan hanya berlaku di kawasan luar bandar, tetapi turut melibatkan pelajar di kawasan bandar, terutama daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

Sebagai langkah menangani isu ini katanya, pihak sekolah mengambil inisiatif menghantar soalan peperiksaan penggal kepada pelajar yang bekerja, disusuli dengan usaha memujuk mereka untuk hadir ke dewan peperiksaan.

“Kita tekankan kepentingan sekurang-kurangnya memiliki sijil SPM apabila mereka berusia 18 tahun ke atas,” katanya.

Selain itu katanya, kempen kesedaran melalui pengedaran risalah kepada ibu bapa dan calon turut membantu meningkatkan kehadiran pelajar ke peperiksaan.

Mengulas mengenai prestasi sekolah yang terjejas banjir, Raisin berkata, meskipun analisis penuh masih belum diperoleh, peningkatan Gred Purata Negeri (GPN) memberi gambaran bahawa prestasi sekolah-sekolah terlibat juga menunjukkan peningkatan.

Katanya, operasi ‘Ops Payung’ yang dilaksanakan semasa banjir turut membantu memastikan pelajar tetap mendapat akses kepada bahan pembelajaran, termasuk ketika menjelang atau semasa peperiksaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JPPKK, KPT anjur Anugerah Gemilang Pelajar martabatkan institusi pendidikan TVET negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular