HomeUtamaLelaki maut dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Kunak-Tawau

Lelaki maut dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Kunak-Tawau

Read Time:52 Second

Oleh Florieta Diet

TAWAU: Seorang lelaki maut dalam satu kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Jalan Kunak-Tawau tengah hari tadi (29 April).

Ketua Balai dan Bomba Penyelamat (BBP) Tawau, Timbalan Penguasa Bomba Jemishin Ujin kemalangan melibatkan empat buah kenderaan iaitu sebuah lori lima tan, sebuah Mitsubishi Triton, Toyota Hilux SR, dan sebuah Perodua Aruz.

“Seorang mangsa lelaki berusia 31 tahun, yang berada di dalam kenderaan jenis Perodua Aruz, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak polis. Mangsa kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa-mangsa lain dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Jemishin menambah, panggilan kecemasan berhubung insiden itu diterima pada jam 12.54 tengah hari.
Sebaik menerima maklumat, sepasukan lapan anggota dari BBP Tawau dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 52 kilometer dan jentera pertama tiba pada jam 1.43 petang.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.42 petang, setelah anggota memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Turut terlibat dalam operasi ialah anggota dari PDRM. Dua jentera digunakan dalam misi ini iaitu FRT dan EMRS.

RELATED ARTICLES
Utama

Warisan Silap Sasaran Isu Subsidi LPG, Kata Setiausaha Politik Ketua Menteri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular