HomeUtamaGuru bebas tuduhan amang seksual

Guru bebas tuduhan amang seksual

Read Time:46 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru dibebaskan daripada tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 11 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus melepaskan dan membebaskan Rosle Basas, 45, tanpa dipanggil membela diri.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Rosle didakwa melakukan kesalahan itu pada Januari 2024, bertempat di dalam sebuah kelas di sebuah sekolah rendah di sini.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil lima orang saksi termasuk mangsa.

Peguam Zahir Shah mewakili tertuduh, manakala Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan.

Pada Ogos tahun lalu, Rosle didakwa atas empat pertuduhan amang seksual terhadap empat murid lelaki di hadapan empat hakim Mahkamah Sesyen yang berbeza.

Rosle dibenarkan diikat jamin sementara menunggu kes selesai.

RELATED ARTICLES
Utama

137 bakal jemaah haji Sabah berlepas ke Tanah Suci

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular