HomeUtamaDasar Wanita Negara pacu pemerkasaan ibu, wanita

Dasar Wanita Negara pacu pemerkasaan ibu, wanita

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Madani sentiasa berusaha bagi memperkasa golongan wanita dan ibu di negara ini termasuk memperkenal Dasar Wanita Negara 2025–2030.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dasar yang bertemakan ‘Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara’ itu memberi tumpuan kepada pemerkasaan wanita merentas semua lapisan masyarakat.

“Antara program utama yang sedang giat dilaksanakan termasuklah Program Kasih Ibu Tunggal (PROKIT); Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (IKIT); MamaCare dan Program Wanita Bangkit dan 2 Years Exit Programme, Gig@bit dan Volvo Iron Women.

“Kesemua program ini memberi ruang kepada wanita, khususnya ibu tunggal dan yang tidak bekerja untuk mendapatkan latihan dan peluang pekerjaan yang sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sambutan Hari Ibu peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin bersama  isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Nancy berkata, dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga dan Negara (LPPKN) turut menyediakan pelbagai program.

“Antaranya seperti pendidikan keibubapaan, khidmat kaunseling dan terapi minda serta saringan kesihatan wanita seperti HPV DNA dan subsidi mamogram,” katanya.

Sementara itu, Nancy berkata, pemilihan tema ‘Sentuhan KASIH Ibu’ telah dipilih bagi Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2025. 

Katanya, tema itu mengangkat peranan ibu sebagai asas keluarga penyayang yang bukan hanya melalui belaian, tetapi juga pengorbanan dan kekuatan emosi yang membentuk akhlak anak-anak.

“Tema ini turut menyokong Agenda Nasional KASIH Keluarga Negara dalam membina masyarakat MADANI yang berteraskan kasih sayang, akhlak dan kesejahteraan,” katanya. –

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular