HomeUtamaProgram Madani Rakyat di Tawau terima sambutan menggalakkan

Program Madani Rakyat di Tawau terima sambutan menggalakkan

Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Orang ramai di daerah ini menyambut baik penganjuran Program Madani Rakyat (PMR) yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, di Dataran Majlis Perbandaran Tawau.

Mereka berpendapat, PMR mampu menjadi platform berguna kepada rakyat mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan disediakan oleh kerajaan bagi semua peringkat umur.

Menariknya, pengunjung yang datang bersama keluarga berpeluang mengambil bahagian dalam aktiviti disediakan seperti mobile game, tik tok dan sebagainya.

Seorang pengunjung, Lanny Markus, 41, berkata warga Tawau bertuah kerana program PMR yang julung kalinya diadakan di daerah ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik.

Lanny (kiri) ketika berkunjung di gerai pameran PMR.

“Saya membawa anak-anak ke sini untuk sempena hujung minggu ini dan saya berpuas hati dengan program yang diadakan.

“Banyak tempat boleh kami kunjungi seperti pameran budaya dan gerai jualan. Banyak juadah dari luar boleh kami nikmati dan beli seperti kek lapis Sarawak pada harga berpatutan,” katanya ketika ditemui Sabah Media.

Mengenai penambahbaikan PMR pada masa akan datang, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Apas itu mecadangkan agar pihak penganjur memilih kawasan lebih luas dan strategik.

Setakat hari pertama PMR, seramai 26,320 pengunjung direkodkan menghadirinya dengan jumlah keseluruhan setakat 12 tengahari tadi (10 Mei) iaitu 46,102 orang.

Seorang lagi pengunjung, Raseni, 43, berkata PMR perlu didedahkan secara meluas kepada pelajar khususnya diperingkat menengah.

Raseni

“Program seperti ini amat bagus untuk meningkatkan kesedaran dan minat remaja sekarang ini dalam mencari peluang kerjaya di sektor pekerjaan yang mereka mahu,” katanya.

Beliau yang tertarik dengan program kesihatan seperti ujian psikologi oleh Kementerian Kesihatan, turut memuji usaha murni Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, membawa PMR ke Tawau.

Pertunjukkan aset-aset ketenteraan oleh anggota keselamatan negara.

Bagi Franky Ho, 40, pula beliau menggunakan cuti hujung minggu membawa anak-anak melihat aset-aset dan kelengkapan pertahanan negara.

Franky

“Anak-anak minat melihat aset ketenteraan, bomba dan polis yang dipertontonkan kepada pengunjung.

“Ini adalah peluang untuk masyarakat menyaksikan dengan lebih dekat anggota dan aset pertahanan negara.

“Sebelum ini tidak pernah tengok depan mata ini, anak-anaklah yang paling suka. Mereka sangat gembira,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

PM Anwar dijangka rasmi Pesta Kaamatan 2025 30 Mei ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular