HomeIsu tempatanBot pukat jerut bilis ditahan, langgar syarat lesen

Bot pukat jerut bilis ditahan, langgar syarat lesen

Read Time:1 Minute, 0 Second

Lahad Datu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan sebuah bot pukat jerut bilis selepas dikesan menangkap ikan kurang daripada 1.5 batu nautika dari daratan semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Lahad Datu Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata, bot terbabit dikesan di perairan Pulau Tabawan Kunak dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi menerusi satu operasi yang dilaksanakan pihaknya.

Katanya, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 0.4 batu nautika utara Pulau Timbun Mata.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan seorang tekong warga Filipina bersama dua kru warganegara yang sama serta seorang kru tempatan, masing-masing berusia 27 hingga 39 tahun dan mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“ Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menjalankan aktiviti menangkap ikan terlalu dekat dengan daratan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, bot dan semua kru ditunda ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk siasatan lanjut.

“ Maritim Malaysia akan terus mempergiat rondaan serta pemantauan dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang perikanan,” katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah atau kecemasan di laut melalui aplikasi WhatsApp Zon Maritim Lahad Datu di talian 016-9305727 atau talian kecemasan 999. – SABAH MEDIA / MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular