HomeUtamaWarga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

Warga China didenda kerana langgar syarat pas lawatan sosial

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh J. Evachel John

Kota Kinabalu: Seorang wanita warga China dikenakan denda RM500 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah melanggar syarat Pas Lawatan Sosialnya dengan terbabit dalam aktiviti perniagaan di negeri ini.

Tertuduh, Wang Zida, membuat pengakuan itu di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain.

Wang didapati menjalankan aktiviti perniagaan di premis 168 Duka Trading Sdn Bhd, Lorong Pokok Kayu Manis 2, Luyang pada 22 April lalu sekali gus melanggar syarat yang ditetapkan dalam Pas Lawatan Sosial miliknya tanpa sebab yang munasabah.

Pertuduhan dibuat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh membayar denda tersebut dan diperintahkan untuk dirujuk kepada Jabatan Imigresen bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, lima individu warga asing masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan Petagas, baru-baru ini.

Ketika ditahan, kesemua tertuduh gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas kelima-lima tertuduh bermula dari tarikh mereka ditangkap dan mereka akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk proses pengusiran, selesai menjalani hukuman.

Pegawai Pendakwa, Baxter Junior Goh, mengendalikan pendakwaan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular