HomeUtamaSPRM tahan lima individu termasuk bekas pegawai bank terbabit kes pinjaman RM11.3...

SPRM tahan lima individu termasuk bekas pegawai bank terbabit kes pinjaman RM11.3 juta

Read Time:48 Second

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu, termasuk empat bekas pegawai bank, kerana disyaki bersubahat meluluskan permohonan pinjaman kewangan berjumlah kira-kira RM11.3 juta menggunakan dokumen sokongan palsu.

Kesemua suspek lelaki yang berusia lingkungan 30-an hingga 50-an direman selama tujuh hari sehingga 28 Mei ini selepas perintah dikeluarkan oleh Majistret 1 Siti Aisyah Umar Baki di Mahkamah Sesyen Sandakan, pagi tadi.

Menurut sumber SPRM, kelima-lima suspek ditahan antara jam 2 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.

“Mereka disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM300,000 daripada pemilik syarikat sebagai dorongan untuk meluluskan pinjaman melibatkan 39 permohonan antara tahun 2022 hingga 2024.

“Sebahagian wang rasuah itu dipercayai diterima secara tunai dan selebihnya melalui pindahan ke akaun bank suspek,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah mengesahkan tangkapan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular