HomeUtamaApa yang menjadikan Fahmi Reza ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang? – Zulkarnain

Apa yang menjadikan Fahmi Reza ‘kebal’ daripada tindakan undang-undang? – Zulkarnain

Read Time:1 Minute, 49 Second

KUALA LUMPUR: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mempersoalkan sikap berdiam diri pihak berkuasa terhadap aktivis seni, Fahmi Reza, meskipun puluhan laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan menghina Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman melalui sebuah karikatur yang tular tahun lalu.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pihaknya juga kesal dengan tindakan Ketua Pemuda DAP (DAPSY), Woo Kah Leong yang segera tampil mempertahankan Fahmi selepas aktivis itu didakwa disekat keluar negara, namun tidak langsung menyentuh isu dakwaan penghinaan terhadap TYT Sabah.

“Beliau berhak mempertahankan Fahmi, tetapi mengapa tiada satu pun kenyataan atau gesaan agar tindakan undang-undang diambil terhadap Fahmi yang jelas menghina dan menjatuhkan maruah Tuan Yang Terutama?

“Puluhan laporan polis sudah dibuat oleh rakyat Sabah, tetapi tiada sebarang pendakwaan. Ini menimbulkan persoalan besar, adakah Fahmi kebal daripada undang-undang?” soalnya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Menurut Zulkarnain, TYT Sabah, Tun Musa Aman, dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, melalui proses yang ketat serta teliti, dan merupakan individu berkelayakan yang tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah mahupun rasuah.

“Adakah dengan mempertahankan Fahmi, Ketua Pemuda DAP mahu menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah tersilap dalam membuat pelantikan ini?

“Tun Musa bukan sahaja bersih daripada rekod jenayah, malah merupakan tokoh korporat berjaya dan satu-satunya anak Sabah yang pernah memiliki sebuah bank sebelum menceburi bidang politik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, G57 turut melahirkan rasa pelik mengapa Fahmi hanya menyasarkan Tun Musa dalam siri kritikan atau karyanya, sedangkan terdapat beberapa tokoh politik Sabah lain yang pernah disiasat atau didakwa dalam kes rasuah antaranya Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin dan Presiden Parti KDM, Datuk Peter Anthony.

“Kenapa mereka tidak pernah disentuh? Shafie pernah direman dalam siasatan kes rasuah projek luar bandar bernilai RM1.5 bilion. Bung Moktar sedang dibicarakan atas dakwaan rasuah RM2.8 juta dan Peter Anthony telah disabitkan menipu UMS.

“Tetapi Fahmi hanya menyasarkan Tun Musa. Ia menimbulkan persoalan sama ada beliau dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menyerang individu tertentu demi agenda tersembunyi,” ujarnya.

Zulkarnain turut menegaskan rakyat Sabah akan terus memerhati perkembangan ini dan akan membuat keputusan sewajarnya apabila tiba masanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular