HomeUtamaGenerasi muda perlu bijak tapis maklumat - Razali Razi

Generasi muda perlu bijak tapis maklumat – Razali Razi

Read Time:1 Minute, 22 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Generasi muda diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan kenyataan yang disebarkan oleh pempengaruh atau ‘influencer’ yang dilihat lebih mementingkan populariti berbanding realiti di lapangan.

Setiausaha Agung Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Mohd Razali Razi berkata, meskipun pendapat yang disuarakan di media sosial dilihat menarik namun ia tidak semestinya berpaksikan kepada fakta atau pengalaman sebenar.

“Sekarang ini memang jadi satu tren untuk ikut ‘influencer’, tetapi kita kena ingat, mereka ini tidak berada di lapangan. Pengamal politik macam kami turun padang, kita dengar sendiri suara rakyat, kita lihat keadaan sebenar, dan kita ambil tindakan berdasarkan realiti, bukan persepsi.

“Mana yang tidak betul, jangan kita gembar-gemburkan dan alhamdulillah parti kita ini baik, kalaulah kita ambil tindakan dengan undang-undang saya rasa ramai akan kena sama.

“Justeru, jangan disebabkan oleh ‘dua minit’, kita terpengaruh, kita diracuni dengan fakta-fakta yang tidak ada kebenaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Api-Api di sini pada Ahad.

Razali berkata demikian bagi mengulas mengenai pempengaruh yang sering mengeluarkan fakta tidak benar menerusi platform media sosial khususnya aplikasi Tiktok.

Menurutnya, dalam berpolitik dan menyampaikan pandangan kepada masyarakat, pemimpin perlu sentiasa bertanggungjawab atas setiap kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau turut menyeru agar belia bijak menilai maklumat yang diterima, terutama menjelang musim pilihan raya yang sering dimanipulasi untuk kepentingan tertentu.

“Fahami isu secara mendalam. Jangan hanya ikut trend atau retorik yang tular. Kita perlukan generasi belia yang kritikal, bijak menapis dan berani bertanya,” katanya.

Jelas beliau, keseimbangan antara maklumat rasmi dan pandangan awam sangat penting dalam membentuk negara yang lebih matang dari segi demokrasi dan pembangunan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular