HomeUtamaWarga emas melecur di tapak kaki dalam kebakaran dua rumah di Kg...

Warga emas melecur di tapak kaki dalam kebakaran dua rumah di Kg Dumpil

Read Time:49 Second

PUTATAN: Seorang warga emas lelaki berusia 66 tahun melecur di bahagian tapak kaki dalam kejadian kebakaran membabitkan dua buah rumah tidak kekal di Kampung Dumpil dekat sini, malam Khamis (12 Jun).

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.29 malam, dan api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian.

Katanya, setibanya pasukan bomba ke lokasi kejadian mendapati dua buah rumah musnah sepenuhnya dalam insiden itu.

“Pasukan bomba berjaya mengelakkan api daripada merebak ke rumah berhampiran dan menyelamatkan dua kediaman lain daripada turut terbakar.

“Terdapat seorang mangsa warga emas lelaki mengalami kecederaan melecur di bahagian tapak kaki.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi turut melibatkan kerjasama pihak polis, pasukan perubatan dan Sabah Electricity Sdn Bhd.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.37 tengah malam.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular