HomeUtamaCuai jaga bayi, pengasuh didakwa

Cuai jaga bayi, pengasuh didakwa

Read Time:58 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana kecuaian terhadap seorang bayi perempuan berusia tiga bulan yang berada di bawah jagaannya.

Cherries Ferreline, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan.

Mengikut kertas pertuduhan, Cherries sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap bayi tersebut, telah bertindak secara cuai dengan cara yang boleh menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan pipi.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 17 Disember 2024, jam 5.33 petang di sebuah perumahan di dalam daerah Tuaran.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 17 Julai untuk pengurusan kes.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan dua penjamin tempatan.

Syarat tambahan turut dikenakan, antaranya tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis sekali sebulan dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sementara menunggu perbicaraan selesai.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul Shafeerah Mad Iskim mengendalikan pendakwaan bagi pihak Bryan Francis.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular