HomeUtamaWanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Menggatal

Wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Menggatal

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas maut selepas rumah dua tingkat yang didiaminya musnah dalam kebakaran di Jalan Kokol, Kampung Mansiang, Menggatal malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Ng Su Yen, 72, ditemukan dalam keadaan rentung berhampiran tangga di dalam kediamannya dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 8.27 malam.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 8.40 malam dan mendapati sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal sedang terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seramai 20 anggota terlibat dalam operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas (9 anggota) dan bantuan dari BBP Kota Kinabalu (11 anggota) bersama kekuatan tiga jentera iaitu dua FRT, satu EMRS dan satu tangki air.

Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 8.54 malam.

Mayat mangsa ditemukan kira-kira jam 9.02 malam dan diserahkan kepada pihak polis (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Turut hadir di lokasi, seramai tujuh anggota PDRM dan tiga anggota KKM. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.30 malam.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular