HomeUtamaGuru wanita maut ditetak abang kandung

Guru wanita maut ditetak abang kandung

Read Time:54 Second

Oleh J. Evachel John

TUARAN: Seorang guru wanita berusia 41 tahun ditemui maut dengan kesan kecederaan parah di bahagian leher dan kepala dalam kejadian di Kampung Tenghilan, Tamparuli pada Jumaat lalu.

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di belakang rumah keluarganya, dan siasatan mendapati kedua-dua matanya turut mengalami kecederaan teruk dipercayai akibat senjata tajam.

Mangsa dipercayai dibunuh dengan kejam oleh abang kandungnya yang mengalami masalah mental.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, suspek berusia 47 tahun itu telah ditahan di lokasi kejadian pada hari yang sama.

“Suspek dipercayai mengalami masalah mental dan pernah menjalani rawatan susulan di fasiliti kesihatan,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian. Bedah siasat ke atas mayat mangsa telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan diminta menghubungi Hotline Polis Tuaran di talian 088-794313 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular