HomeUtamaBeaufort diisytihar kawasan bencana banjir, PPK Selagon diaktifkan

Beaufort diisytihar kawasan bencana banjir, PPK Selagon diaktifkan

Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Daerah Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana banjir berikutan hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air sungai di paras bahaya ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun berkata, pengisytiharan itu dibuat pada jam 9 pagi tadi.

“Dengan ini berdasarkan laporan dan maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi dalam JPBD, maka adalah diisytiharkan bahawa telah berlaku bencana banjir di daerah Beaufort,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nazri berkata, sebuah Pusat Pemindahan Kekal (PPK) turut diaktifkan iaitu di PPK Selagon

“Selaras dengan pandangan dan cadangan daripada Jawatankuasa Bencana Daerah Beaufort adalah dengan ini saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort mengisytiharkan bahawa Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon diaktifkan.

“Ini selepas pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki didenda RM4,000 miliki produk tidak berdaftar, kosmetik tanpa notifikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular