PRN SABAH
HomeUtamaLebih 1,000 pengunjung meriahkan program Jelajah Wira MADANI, Maritim Disantuni

Lebih 1,000 pengunjung meriahkan program Jelajah Wira MADANI, Maritim Disantuni

Read Time:1 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Program Jelajah Wira MADANI, Maritim Disantuni berlangsung meriah di Pejabat Zon Maritim Sandakan pada Sabtu dengan kehadiran lebih 1,000 pengunjung sebagai menzahirkan penghargaan kepada barisan hadapan keselamatan negara.

Program tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi platform mendekatkan Kerajaan MADANI dengan rakyat melalui gabungan pendekatan kemasyarakatan dan keselamatan selain menampilkan konsep Low Cost, High Impact yang menekankan keseimbangan pelaksanaan serta keberhasilan kepada masyarakat.

Program itu juga memberi peluang orang awam mengenali lebih dekat fungsi serta peranan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang lebih dua dekad diberi mandat menjaga keselamatan perairan negara.

Pelbagai pengisian menarik disediakan termasuk pameran agensi kerajaan, perkhidmatan kaunter kerajaan, sukan rakyat, jualan rahmah, senamrobik dan pemeriksaan kesihatan.

Kemuncak acara diserikan dengan perarakan bot berhias, pertunjukan perahu naga, lawatan Kapal Maritim (KM) BANGGI serta demonstrasi taktikal Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) yang mencuri tumpuan pengunjung.

Penganjuran kali ini bukan sahaja mengangkat jasa pegawai dan anggota maritim, malah memperkukuh kefahaman rakyat terhadap usaha berterusan agensi itu dalam memastikan keselamatan perairan negara.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular