PRN SABAH
HomePolitikPemegang Adat kekalkan perpaduan, sokong GRS – Abidin

Pemegang Adat kekalkan perpaduan, sokong GRS – Abidin

Read Time:1 Minute, 48 Second

RANAU: Para Pemegang Adat di daerah ini diseru terus mengekalkan perpaduan serta memberi sokongan padu kepada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir berkata, mereka memainkan peranan penting sebagai agen kerajaan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat, selain menjadi mata dan telinga kerajaan terhadap permasalahan di peringkat akar umbi.

“Berdiri teguhlah pada Kerajaan GRS walaupun ada suara pembangkang yang menidakkan pencapaian kerajaan sepanjang lima tahun ini. Pemegang Adat adalah sebahagian daripada kerajaan dan mesti berdiri teguh di belakangnya,” katanya pada Majlis Taklimat Khas Wakil Rakyat N38 Paginatan kepada Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau, baru-baru ini.

Abidin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan berkata, sepanjang pentadbiran GRS, pendapatan kerajaan negeri meningkat hampir RM7 bilion tahun ini berbanding RM4 bilion pada 2022, manakala rizab negeri naik kepada RM8.7 bilion.

Selain itu, katanya, sebanyak RM138 juta dibelanjakan bagi sektor pendidikan tahun ini, termasuk pembinaan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 20 unit di setiap DUN sejak 2022 dan 40 unit lagi pada 2024.

“Bantuan Sentuhan Kasih RM300 sebulan diteruskan hingga hujung tahun kepada penerima e-Kasih, manakala skim Insurans Rakyat bernilai RM10,000 seorang juga disediakan kerajaan. Semua ini hasil kestabilan politik,” jelasnya.

Mengulas pencapaian di DUN Paginatan, Abidin berkata, antara projek penting termasuk pembinaan Pekan Baharu Paginatan yang telah diluluskan dengan peruntukan awal RM500,000 bagi kerja infrastruktur serta program pengukuran pantas tanah yang berjaya mengeluarkan lebih 1,000 geran melibatkan 6,000 ekar tanah.

“Selain itu, tiga kampung iaitu Ponulangon, Walou dan Kanawahon telah dikeluarkan daripada hutan simpan, manakala tambahan jawatan tiga Ketua Kampung dan sembilan Pengerusi JKKK diluluskan,” katanya.

Beliau turut mengumumkan pembinaan lima Balai Adat di seluruh Mukim DUN Paginatan dan memuji Persatuan Pemegang Adat kerana berjaya mendokumentasikan adat resam hampir di semua kampung.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pemegang Adat DUN Paginatan, KAN Dualis Porodtong berkata, pihaknya berdiri teguh di belakang Abidin dalam PRN akan datang dan berikrar memastikan kemenangan wakil rakyat itu.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Daerah OKK Muhasip Rauman, PPM Hishamudin Harun, Pegawai Khas Datuk Abidin, Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal serta Ketua Wiramuda STAR Paginatan, Hillary Salmoen.

RELATED ARTICLES
Utama

Projek tebatan banjir Tenom diteruskan – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular