PRN SABAH
HomeUtamaHarap Sabah nilai semula agihan peruntukan RM10 juta daerah terjejas banjir -...

Harap Sabah nilai semula agihan peruntukan RM10 juta daerah terjejas banjir – Ruslan

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh: Rhea Dhamin

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berharap agihan peruntukan segera RM10 juta yang disalurkan kerajaan Persekutuan bagi membantu mangsa banjir Sabah, baru-baru ini dinilai semula oleh kerajaan negeri.

Beliau yang juga merupakan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) itu berkata susulan Beaufort antara yang terjejas akibat banjir bulan lepas, daerah ini memerlukan lebih peruntukan bagi memperbaiki infrastruktur dan keperluan penduduk sini.

“Memang sudah ada arahan (pembahagian peruntukan untuk daerah terjejas banjir). Kita lihat pegawai daerah pun sudah menerima arahan dan kita lihat dalam arahan itu, memang perlu disegerakan.

“Tetapi segera macam mana pun, kalau peruntukannya terhad, ini yang menjadi kekangan.

“Sebagai wakil rakyat melihat kerosakan (akibat banjir) dan keperluan rakyat, bukan sahaja di Beaufort, mana daerah yang terlibat itu, kita kira RM10 juta itu bukan satu angka besar dalam kita berhadapan musibah bencana alam dan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Dewan Terbuka Kampung Maraba, di sini, Selasa lepas.

Tambah beliau, jentera kerajaan memang sudah bersiap sedia untuk menyegerakan apa yang perlu tetapi halangannya adalah peruntukan terhad.

Susulan itu, beliau berharap agihan peruntukan terbabit dinilai semula berdasarkan kerosakan yang direkodkan.

“Jadi kita merayu supaya peruntukan ini dilihat dan dinilai semula dengan kerosakan-kerosakan yang berlaku.

“Pihak jabatan kerajaan (berkaitan) pun sedang meneliti kerosakan yang ada dan paling penting ialah kerosakan jalan raya adalah sangat perlu disegerakan untuk dibaiki,” katanya.

Dalam perkembangan lain, media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu mangsa banjir di Sabah.

Katanya, dana terbabit akan disalurkan terus kepada mangsa yang terkesan khususnya untuk pembaikan segera kemudahan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pemergian Bung Moktar kehilangan besar buat UMNO dan BN – Ahmad...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular