PRN SABAH
HomePRNDasar prihatin GRS terus dirasai rakyat luar bandar, bukti komitmen pembangunan menyeluruh

Dasar prihatin GRS terus dirasai rakyat luar bandar, bukti komitmen pembangunan menyeluruh

Read Time:1 Minute, 48 Second

TAMBUNAN : Kerajaan negeri di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus mendapat kepercayaan dan sokongan rakyat menerusi dasar dan inisiatif yang diperkenalkan.

Rata-rata masyarakat di negeri ini menyifatkan ianya sebagai satu dasar dan inisiatif yang prihatin, penyayang dan mesra rakyat.

Bagi seorang penduduk luar bandar, Eddona Edwin, 39, kerajaan kini disifatkan bukan sahaja menumpukan kepada kemajuan bandar, tetapi juga memberi perhatian besar terhadap pembangunan di kawasan kampung.

Eddona Edwin

Katanya, ini termasuklah projek penyelenggaraan jalan, penyediaan bekalan air bersih, serta peningkatan kemudahan asas rakyat.

“Kerajaan sekarang banyak memberi bantuan dari segi kewangan dan pembangunan di kampung kami.

“Kami berterima kasih kerana nasib penduduk luar bandar tidak diabaikan,” katanya ketika di Sabah Media di sini baru-baru ini 

Bagi peniaga, Norika Tajin,59, berkata, bantuan sekali bayar RM5,000 yang diberikan oleh kerajaan negeri dianggap sebagai bukti keprihatinan terhadap golongan usahawan tempatan serta menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi rakyat.

Norika Tajin

“Bantuan itu bukan kecil nilainya. Ia menjadi modal penting untuk kami terus berniaga dan menyara keluarga. 

“Kerajaan hari ini sangat prihatin terhadap rakyat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyifatkan kerajaan GRS sebagai kerajaan mesra rakyat yang berusaha menyeimbangkan pembangunan fizikal dengan kelestarian alam sekitar, seiring dengan matlamat pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang semakin hampir, Norika turut menyeru belia Sabah agar keluar mengundi dan memilih parti yang benar-benar memperjuangkan kepentingan negeri serta masa depan generasi muda.

“Saya harap anak muda tidak bersikap acuh tak acuh. Sabah ini rumah kita, jadi kitalah yang perlu menjaganya. Kita mahu seperti Sarawak,berdikari dengan parti tempatan yang kuat,” katanya.

Sementara itu, bagi Eddora Edwin, 40, berharap agar wakil rakyat yang bakal dipilih nanti benar-benar turun padang dan terus mendekati rakyat bagi memahami keperluan sebenar komuniti setempat.

“Harapan kami supaya wakil rakyat selepas ini terus membantu rakyat, rajin turun padang dan meninjau keperluan kampung dari masa ke semasa,” katanya.

Eddora Edwin

Menurutnya, sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan GRS menjadi bukti bahawa dasar kerajaan yang berpaksikan kepada kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri semakin diterima ramai.

Katanya, ia selaras dengan semangat Sabah Maju Jaya yang terus digerakkan ke seluruh pelusuk negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas pengarah JANS tidak terlibat dalam tender – Saksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular