PRN SABAH
HomePRNJaffari terus dekati rakyat, hadir majlis kesyukuran di Kampung Gum-Gum

Jaffari terus dekati rakyat, hadir majlis kesyukuran di Kampung Gum-Gum

Read Time:1 Minute, 4 Second

SANDAKAN: Usaha mendekati masyarakat di peringkat akar umbi terus diperkasakan apabila Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Jaffari Waliam, hadir dalam Majlis Doa Kesyukuran bersama penduduk Kampung Gum-Gum, di sini baru-baru ini.

Majlis ringkas tetapi penuh erti itu dianjurkan oleh penduduk kampung sebagai tanda kesyukuran atas rezeki dan kesejahteraan komuniti, di samping mengeratkan silaturahim sesama warga setempat dan pemimpin.

Jaffari, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, berkata kehadirannya bukan semata-mata memenuhi undangan, tetapi untuk terus berhubung dan memahami denyut nadi masyarakat.

“Saya percaya hubungan pemimpin dan rakyat tidak boleh terputus. Kita perlu mendengar, melihat sendiri keadaan di lapangan dan bekerja bersama-sama untuk kemajuan kawasan,” katanya.

Menurutnya, program berbentuk keagamaan dan kekeluargaan seperti ini memainkan peranan dalam memupuk kesatuan hati, selain menjadi wadah mengenal pasti keperluan rakyat secara lebih dekat.

Sepanjang program, Jaffari meluangkan masa berbual bersama penduduk, berkongsi pandangan dan mendengar isu-isu setempat termasuk berkaitan kebajikan, pembangunan asas serta peluang ekonomi.

Penduduk kampung menzahirkan penghargaan terhadap kehadiran beliau, menyifatkannya sebagai pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat serta konsisten turun padang tanpa protokol berat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan jamuan dan sesi ramah mesra yang berlangsung dalam suasana harmoni dan mesra keluarga, mencerminkan nilai kekitaan masyarakat Kampung Gum-Gum. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar bina kekuatan pasukan Sabah melalui kepercayaan dan dedikasi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular