PRN SABAH
HomePRNShahelmey kekal sebagai Ahli Parlimen Putatan, tidak bertanding dalam PRU DU Sabah...

Shahelmey kekal sebagai Ahli Parlimen Putatan, tidak bertanding dalam PRU DU Sabah ke-17

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya mengumumkan beliau tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan (DU) Sabah ke-17, sebaliknya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan Parlimen berkenaan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tanggungjawab semasanya sebagai Ahli Parlimen dan komitmen terhadap masyarakat di Putatan.

“Saya pada hari ini memutuskan untuk terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Putatan dan tidak akan menyertai PRU DU Sabah ke-17. Saya juga menyambut baik pengumuman calon-calon yang telah dibuat dan mengucapkan selamat bertanding kepada mereka,” katanya.

Mengulas mengenai persiapan pilihan raya di kawasan itu, yang disandangnya DUN Keramat, Shahelmy menasihatkan jentera parti agar memperkukuh strategi kempen dan terus mendekati rakyat bagi meraih mandat pada pilihan raya kali ini.

“Sebagai parti yang menyertai pilihan raya umum, mereka perlu memperkemaskan jentera dan meneruskan kempen untuk memenangi mandat rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan membantu calon di kawasan itu, Shahelmy berkata beliau akan memberi sokongan moral, terutama memandangkan calon yang bertanding merupakan adik kandungnya sendiri Shah Alfie Yahya.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus menjalankan tugas mendekati masyarakat.
Calon yang bertanding ialah adik saya sendiri, jadi memang sepatutnya saya memberi sokongan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan penglibatannya dalam kempen akan dilakukan dengan berhati-hati memandangkan beliau masih Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

“Politik ini unik. Saya tahu apa yang perlu dibuat dan saya sedar akan batasan saya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular