HomePRNN.59 SUKAUJuhari perkukuh hubungan dengan penduduk Kampung Tidung

Juhari perkukuh hubungan dengan penduduk Kampung Tidung

Read Time:41 Second

SUKAU : Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau, Datuk Juhari Janan, terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat setempat melalui pertemuan mesra bersama penduduk Kampung Tidung baru-baru ini.

Lawatan tersebut menjadi platform bagi beliau mendengar secara langsung aspirasi, keperluan, dan harapan rakyat di kawasan itu.

Juhari menekankan bahawa sokongan padu daripada setiap kampung merupakan asas penting bagi kestabilan politik negeri Sabah.

“Semoga sokongan akar umbi di setiap kampung terus kukuh. Kestabilan politik inilah yang akan menjamin kelangsungan kemajuan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

Dalam pertemuan itu, Juhari juga menyeru para pengundi di DUN Sukau untuk terus memberikan sokongan kepada GRS, bagi memastikan pembangunan berterusan dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan beliau untuk mendekati rakyat, mengukuhkan hubungan dengan masyarakat, dan menyalurkan aspirasi mereka terus ke pentadbiran negeri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Ribut petir landa beberapa daerah di Sabah hingga awal pagi Selasa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular