PRN SABAH
HomePRNN.06 BANDAUPenduduk kawasan bukit di Bandau yakin kerajaan GRS yang terbaik

Penduduk kawasan bukit di Bandau yakin kerajaan GRS yang terbaik

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA MARUDU: Penduduk kampung di kawasan bukit di sini percaya bahawa kelebihan pasti ada sekiranya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dapat dikekalkan serta mengangkat calon GRS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Datuk Redonah Bahanda pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 ini.

Ketua Kampung Gontoi, Guhan Galabih berkata, beliau amat berharap dan sering menasihatkan penduduk kampung, termasuk di lima buah kampung lain dibawah jagaannya agar tidak salah memilih calon untuk diangkat menjadi pemimpin di kawasan Bandau.

Katanya, beliau yakin bahawa jika kerajaan GRS dapat dikekalkan, ditambah pula jika Bandau dipimpin oleh wakil rakyat GRS, pastinya akan ada lebih banyak manfaat lagi yang bakal diperoleh rakyat di kawasan ini khususnya.

” Seolah-olah kami di kawasan bukit ini suda ketinggalan, kerana masih banyak lagi kemudahan prasarana yang belum ada di kawasan kami, disebabkan itu kami tidak akan mengambil risiko untuk mengundi calon lain apatah lagi calon bebas yang jelas belum ada hala tuju,” katanya.

Sementara itu, Redonah berkata, calon Bebas kalau menang pun, tidak dapat peruntukan daripada kerajaan. Sebaliknya jika wakil rakyat dari blok kerajaan, kita boleh membuat permohonan jika memerlukan peruntukan, dan pastinya akan ada harapan.

” Saya tidak mahu naik dengan menjatuhkan orang lain, sebab itu kita berkempen kerana mahu pihak kerajaan dikekalkan, agar ada kerajaan yang boleh mmbantu kita di kawasan ini selepas PRU DU 17.

Sementara itu, salah seorang penduduk Kampung Gontoi, Joh Yorot, 29, berkata, majoriti penduduk di kampung tersebut bijak menilai, mereka sedia maklum bahawa siapa sahaja calon yang mewakili kerajaan iaitu GRS, wajar untuk disokong dan diangkat menjadi wakil rakyat.

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular