SANDAKAN: Pengundi di DUN Karamunting disaran memberikan sokongan berterusan kepada calon penyandang, Datuk George Hiew Vun Zin, bagi memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan itu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata keyakinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap George sebagai calon pilihan mencerminkan rekod perkhidmatannya yang telah terbukti.
“Beliau juga yakin pengundi cukup mengenali George yang juga penyandang kawasan itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Santai Madani bersama penduduk di Karamunting, di sini, hari ini.
Menurut Saifuddin, pengalaman George berkhidmat selama tujuh tahun termasuk ketika berada dalam blok pembangkang menjadi aset berharga untuk meneruskan tugas sebagai wakil rakyat.
“Sokongan terhadap calon itu juga disokong oleh tinjauan semasa kempen hari keempat yang menunjukkan sambutan menggalakkan daripada penduduk.
“Jelasnya, pengundi atau penduduk juga menyambut baik kehadirannya yang juga orang lama bagi pimpinan kawasan itu,” ujar George.
George yang berpengalaman luas bertekad menjadikan Kampung Pukat sebagai hab eksport makanan laut antarabangsa sekiranya diberikan mandat baru.
“Ia jika beliau diberikan mandat sekali lagi selepas menyandang kerusi itu selama tujuh tahun termasuk semasa di blok pembangkang,” tegasnya.
Beliau turut berjanji menyelesaikan isu bekalan air dan masalah lain yang dibangkitkan rakyat bagi memastikan kesejahteraan penduduk di kawasan yang mempunyai 19,000 pengundi dengan 6,000 daripadanya dari masyarakat TiongHua.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin turut mengumumkan kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang diterima September lalu, akan ditempatkan di perairan Sabah selepas selesai proses renovasi.
“Ini juga menunjukkan bahawa keutamaan menjaga perairan di Sabah dan Sarawak adalah keutamaan negara,” jelasnya.
Penempatan aset keselamatan baharu ini dijangka meningkatkan keupayaan pengawasan dan keselamatan di perairan negeri ini.



