HomePRNN.57 KUAMUTKerja-kerja kompleks sukan Tongod akan disambung semula awal tahun depan

Kerja-kerja kompleks sukan Tongod akan disambung semula awal tahun depan

Read Time:1 Minute, 16 Second

TONGOD : Pembinaan Kompleks Sukan Tongod yang sebelumnya tergendala akan disambung semula pada awal tahun hadapan.

Datuk Masiung Banah, penyandang kerusi DUN Kuamut, menjelaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang dalam proses menyiapkan dokumentasi untuk melantik kontraktor baharu bagi melengkapkan projek tersebut.

Beliau membuat penjelasan itu selepas melancarkan Jentera Kempen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tongod.

Mengenai sebab kelewatan projek, Masiung mendedahkan bahawa syarikat pelaksana asal yang dilantik oleh kerajaan sebelumnya telah ditamatkan kontraknya pada Julai lalu.

Tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan gagal menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kita telah beberapa kali mengeluarkan amaran, termasuk memberi lanjutan masa sebanyak empat kali, namun mereka masih gagal mencapai kemajuan fizikal. Akhirnya, KBS mengeluarkan arahan menamatkan kontrak,” tegasnya.

Masiung menegaskan bahawa isu projek ini telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang dalam kempen mereka. Beliau menekankan bahawa kontraktor asal tersebut sebenarnya dilantik semasa pihak pembangkang masih memerintah.

“Saya tidak mempersoalkan kroni siapa kontraktor itu, tetapi yang penting mereka harus berdaya maju dan menyiapkan kerja mengikut jadual,” katanya.

Menurutnya, prestasi fizikal projek bernilai RM7 juta itu amat mengecewakan sejak tahun lalu. Beliau kesal kerana pembangkang menyalahkannya, sedangkan projek itu telah diserahkan sepenuhnya kepada kontraktor yang mereka lantik sendiri.

Bagaimanapun, Masiung menyatakan bahawa penyelesaian telah diperoleh.

“KBS akan melantik kontraktor baharu seawal tahun depan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertinggal. Saya yakin projek itu akan selesai dalam tempoh dua tahun,” ujarnya.

Beliau menjangkakan kontraktor baharu hanya perlu menumpukan pada kerja-kerja yang masih berbaki, seperti pembinaan lapangan trek dan penyambungan bekalan elektrik dan air.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama sekolah, ibu bapa perkukuh kejayaan murid SK Rampayan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular