HomeUtamaPandikar tegas di pentas politik, berjiwa bapa di mata rakyat Pintasan

Pandikar tegas di pentas politik, berjiwa bapa di mata rakyat Pintasan

Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD :  Meskipun kelihatan tegas, namun calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mempunyai sisi keperibadian yang membuat beliau amat disayangi masyarakat setempat.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) itu sering dilihat serius, namun bagi Masliah Muksin, 44, seorang suri rumah dari Kampung Rampayan Ulu, Pandikar lebih menyerupai sosok bapa yang prihatin.

“Awalnya saya agak gentar bertemu beliau, tetapi cara beliau bercakap seperti seorang ayah yang menasihati dan mengambil berat. Suami saya penghidap penyakit buah pinggang tahap lima yang memerlukan rawatan mingguan.

“Apabila beliau mendengar hasrat suami saya memohon bantuan kewangan, Pandikar terus memberikan sumbangan tanpa meminta sebarang dokumen hospital, sambil menasihati kami tentang kepentingan menjaga kesihatan. Dia benar-benar seorang figura politik yang berjiwa rakyat, ibarat bapa kepada semua rakyatnya,” katanya.

Masliah menambah, beliau membesar menyaksikan sendiri usaha Pandikar menaik taraf kawasan kampungnya sejak dahulu, termasuk menyediakan kemudahan seperti masjid, sekolah, jalan berturap, dan jeti nelayan.

Bagi Juarah Asoi, 65, seorang petani dari Kampung Tawadakan, ketegasan Pandikar hanya muncul ketika menangani isu rakyat.

“Semasa beliau menjadi wakil rakyat Tempasuk, para petani mengadu tentang masalah air. Pandikar tidak membuang masa dan menghantar surat kepada jabatan air.

“Masalah itu selesai dalam masa kurang 24 jam. Beliau serius hanya apabila bekerja demi kepentingan rakyat,” jelas Juarah, yang mengikuti perjalanan politik Pandikar sejak remaja.

Menurut Juarah, sumbangan Pandikar kepada penduduk Pintasan tidak pernah mengungkit, sama ada semasa menjadi wakil rakyat atau tidak.

“Sayangnya dahulu tiada media sosial untuk menyalurkan maklumat, tetapi beliau tetap bermurah hati apabila diperlukan,” tambahnya.

Menjawab persoalan segelintir pihak mengenai penglibatan Pandikar sebagai calon ADUN pada usia 70 tahun, Juarah menegaskan bahawa pengalaman lebih 40 tahun dalam politik menjadikan usia bukan halangan untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Siti Faridah Datu Okar, 42, turut menyifatkan Pandikar sebagai “living legend” yang membawa perubahan besar di kawasan Pintasan.

Siti bersama Pandikar

“Kelantangannya memperjuangkan pembangunan daerah ini diwarisi dari generasi tua kampung, sehingga beliau menjadi kebanggaan penduduk. Kami berharap pada pilihan raya ke-17, mandat diberikan semula kepada beliau kerana manifesto GRS yang dibawa bukan janji kosong semata-mata,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sesi persekolahan SK Pinapak diteruskan Isnin ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular