Oleh Silar Pinikit
NABAWAN: Suasana di tamu mingguan Pekan Nabawan hari ini (Rabu) bertambah meriah apabila ia menjadi lokasi tumpuan jentera kempen parti-parti yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Nabawan.
Jentera kempen Barisan Nasional (BN) merupakan kumpulan pertama memasuki kawasan tamu sekitar jam 9 pagi, namun mereka tidak dapat meneruskan jelajah kerana tidak memiliki permit daripada pihak berkuasa untuk berkempen di kawasan tersebut.
Tidak lama selepas itu, jentera kempen Upko yang mempunyai permit sah masuk ke tapak tamu bagi memperkenalkan calon mereka kepada para penjaja dan pengunjung.
Pada jam 9.40 pagi, jentera kempen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai pergerakan wanita dan pemuda turut memasuki kawasan tamu mengikut jadual masa yang ditetapkan oleh pihak polis.
Sambil mengedarkan risalah mengenai calon GRS kepada penjaja serta pengunjung, rombongan jentera GRS turut berinteraksi dan bermesra dengan mereka sebelum meneruskan jelajah di sekitar pekan mengikut kelulusan permit, yang berakhir pada jam 9.40 pagi.



