KOTA KINABALU – Momentum kejayaan yang telah dicapai Sabah sepanjang lima tahun pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) wajar dikekalkan bagi memastikan negeri itu terus melakar kejayaan dan bergerak ke arah masa depan yang lebih gemilang, kata penganalisis Wan Azrain Adnan.
Beliau berkata tempoh pentadbiran 2020–2025 telah menyaksikan pelbagai pencapaian besar merangkumi pembangunan ekonomi dan sosial, antaranya peningkatan hasil serta rizab kewangan negeri, kemasukan pelaburan, pengurangan kadar kemiskinan, pengukuhan bekalan utiliti dan perluasan akses pendidikan serta latihan.
Manifesto PRN-17: GRS Gariskan 1 Gagasan, 4 Rukun, 16 Strategi
Mengulas pelancaran manifesto Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 baru-baru ini, Wan Azrain berkata dokumen berkenaan yang berteraskan gagasan _“Rumah Kita, Kita Jaga”_ menzahirkan komitmen GRS untuk mentadbir Sabah dengan mengutamakan hak dan kepentingan negeri.
Manifesto itu disusun mengikut empat rukun utama:
- Sabah First
- Sabah Forward
- Sabah Prosper
- Sabah United
Geran Khas 40%: Pembayaran Naik Melebihi 1,000%
Wan Azrain berkata isu Geran Khas 40% telah berlarutan lebih 50 tahun, namun rundingan di bawah pentadbiran GRS telah membawa peningkatan ketara dalam jumlah pembayaran.
Geran Khas ini merupakan salah satu isu utama yang telah berlanjutan lebih 50 tahun, di mana Sabah tidak menerima pembayaran sepenuhnya. Setakat ini, hasil rundingan Kerajaan Sabah GRS, jumlah pembayaran Geran Khas berkenaan telah berjaya ditingkatkan dengan ketara melebihi 1,000%:
| Tahun | 2020 | 2022 | 2023 | 2024 | 2025 |
| Jumlah Geran | RM 53.4 juta | RM 125.6 juta | RM 260 juta | RM 300 juta | RM 600 juta |
Hakikatnya, jumlah pembayaran tersebut masih kecil berbanding jumlah yang sepatutnya di terima oleh Sabah. Menurut laporan media, pada tahun 2023, kutipan hasil oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah berjumlah RM 10.2 bilion. Dengan itu, Presiden Sabah Law Society (SLS) menganggarkan jumlah Geran Khas 40% tersebut adalah sekitar RM 4.08 bilion.
Susulan penghakiman mahkamah baru-baru ini berkaitan Geran Khas 40% berkenaan, Sabah bakal menerima pembayaran tahunan yang lebih besar dalam masa terdekat, mungkin berbilion Ringgit setahun. Tambahan lagi, sekiranya Sabah turut menerima tunggakan pembayaran sejak 1974, jumlah yang bakal diterima sangatlah besar, mungkin berpuluh billion Ringgit.
Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah Dicadang Ditubuhkan
Di bawah rukun _Sabah Forward_, GRS mencadangkan pembentukan Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah (Sabah Sovereign Wealth Fund) dengan modal permulaan daripada rizab negeri serta suntikan tetap daripada pembayaran Special Grant 40%.
katanya Setakat bulan September 2025, Kerajaan Sabah GRS telah berjaya meningkatkan rizab kewangan hampir 130%, dari RM 3.77 bilion (2018) kepada RM 8.60 bilion (September 2025). Kejayaan ini terhasil daripada kecekapan pentadbiran dan disiplin pengurusan kewangan oleh Kerajaan Sabah GRS.
Tanpa disiplin dan self-restraint yang kental, Kerajaan Sabah GRS boleh sahaja mengguna-pakai rizab kewangan yang besar ini untuk seronok berbelanja bagi meraih populariti dan sokongan rakyat agar dapat terus memegang kuasa. Tetapi tidak sama sekali, dan rizab kewangan kekal utuh.
Dengan kombinasi rizab kewangan dan Geran Khas 40%, Dana Pelaburan Masa Depan Anak Sabah mampu dibina dan diurus menjadi satu dana yang besar dan wibawa, di Malaysia and serantau. Pelaksanaan dana ini boleh mengguna-pakai model Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak atau Sarawak Sovereign Wealth Future Fund, yang ditubuh berdasarkan model Norway Sovereign Wealth Fund.
Bermula 1 Januari 2024, Kerajaan Sarawak telah menubuhkan Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak, dengan dana permulaan sebanyak RM 8 bilion. Bagi melipat-gandakan saiz dana tersebut, Kerajaan Sarawak tidak berhasrat mengguna-pakai dana tersebut untuk tempoh masa 20 tahun, kecuali keperluan mendesak.
Sementara itu, Norway telah menubuhkan Sovereign Wealth Fund (SWF) bermula tahun 1990, bagi melaburkan hasil pendapatan dari industri minyak dan gas. Sejak tahun 1960-an, hasil pendapatan Norway telah melonjak susulan penemuan medan minyak yang besar.
pengurusan yang cekap, telus dan berwawasan, Norway-SWF telah menjadi sovereign wealth fund terbesar di dunia. Pada bulan Januari 2025, Norway-SWF dilaporkan bernilai USD$ 1.8 trilion (sekitar RM 8.01 trilion), dan telah merekodkan keuntungan tahunan sebanyak USD$ 222 bilion.
Kini, Norway-SWF dilaporkan memegang saham di dalam hampir 9,000 syarikat di 70 negara, meliputi sekitar 1.5% saham syarikat tersenarai di seluruh dunia.
Sebagai perbandingan, dana kewangan terbesar negara adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernilai USD$ 247 bilion (September 2024).
Wan Azrain berkata kejayaan lima tahun pentadbiran GRS membuktikan Sabah kini berada di landasan lebih kukuh, dan langkah seterusnya adalah memastikan kepimpinan sedia ada terus mengekalkan momentum tersebut.
“Kejayaan besar tidak datang daripada slogan, tetapi melalui dasar konsisten, disiplin fiskal dan perancangan jangka panjang. Sabah perlu terus membina di atas kejayaan ini bagi menjamin masa depan yang lebih sejahtera untuk rakyat,” katanya.



