KINABATANGAN : Semangat penyatuan dan kerjasama erat menjadi teras utama dalam perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk memastikan kestabilan politik dan kelangsungan kemajuan negeri ini.
Mesej ini ditekankan dalam Ceramah Perdana GRS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau yang berlangsung dengan meriah di Sentosa Jaya, Sabtu.
Program tersebut menandakan kemuncak kempen bagi menarik sokongan pengundi sebelum hari pengundian.
Ceramah tersebut diserikan dengan kehadiran Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah, yang juga merupakan Calon GRS untuk kawasan DUN Kuamut.
Beliau hadir bersama-sama dengan ketua-ketua Bahagian Gagasan Rakyat mencerminkan sokongan padu dari akar umbi.
Dalam ucapan , Juhari menekankan kepentingan memupuk semangat penyatuan dan budaya saling bantu-membantu dalam kalangan rakyat.
Beliau menegaskan bahawa pendekatan ini penting bagi menghadapi sebarang cabaran dan memastikan pembangunan yang mampan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Dengan hanya tinggal satu minggu lagi sebelum hari penentuan, GRS menyeru kepada semua rakyat di kawasan Kinabatangan untuk terus memberikan mandat yang kukuh kepada gabungan itu.
“Sokongan berterusan anda amat bermakna. Kestabilan politik yang kita kecapi ini adalah kunci kepada segala rancangan pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan untuk memacu Sabah ke arah kemakmuran yang lebih besar,” kata Masiung.
GRS yakin bahawa dengan pendekatan bersatu padu dan sokongan rakyat, hala tuju pembangunan negeri Sabah akan terus terpelihara dan dipercepatkan untuk kebaikan generasi masa kini dan akan datang. – SABAH MEDIA



