PRN SABAH
HomePRNSPR nafikan dakwaan pengawasan terpilih sepanjang kempen PRU Sabah

SPR nafikan dakwaan pengawasan terpilih sepanjang kempen PRU Sabah

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) yang ditubuhkan sempena Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17  tidak menyasarkan mana-mana parti atau calon tertentu dalam proses pemantauan kempen.

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus, menjelaskan bahawa PPKPR dibentuk selaras dengan peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) bagi memastikan semua calon mematuhi undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

“Pasukan penguat kuasa ini menjalankan pemantauan ke atas semua aktiviti kempen tanpa memberi tumpuan khusus kepada mana-mana parti.

“Tuduhan bahawa SPR menyasarkan pihak tertentu adalah tidak benar,” tegasnya.

Menurut beliau, pasukan tersebut turut bertanggungjawab menasihatkan semua calon dan penyokong agar mematuhi peraturan bagi menjaga integriti proses pilihan raya.

SPR turut menggesa mana-mana pihak yang mempunyai aduan atau keraguan berhubung salah laku ketika kempen supaya membuat laporan secara rasmi kepada SPR atau pihak berkuasa berkaitan.

“SPR sentiasa mengingatkan semua pihak untuk mematuhi undang-undang bagi memastikan keamanan dan integriti pilihan raya terpelihara,” tambahnya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar tegas di Parlimen tapi lembut di rumah – Shaheizy...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular