PRN SABAH
HomeUtamaPRU Sabah : Proses pengundian awal di IPD Kota Belud berjalan lancar

PRU Sabah : Proses pengundian awal di IPD Kota Belud berjalan lancar

Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD: Proses pengundian awal bagi anggota polis dan kakitangan serta pasangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud berjalan lancar dan teratur di sini pada Selasa.

Seawal jam 8 pagi, para pengundi mula memasuki Dewan Seri Nabalu, IPD Kota Belud, yang dijadikan pusat pengundian awal bagi kawasan berkenaan.

Pengundi pertama, Inspektor Arfarizam Berahim, 46, tiba pada jam 8.05 pagi dan menjadi individu terawal melalui laluan yang ditanda dengan pita kuning Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Arfarizam ketika membuang undi di Dewan Seri Nabalu

Beliau menyatakan kepuasan terhadap perjalanan proses undi awal kali ini yang disifatkannya lebih tersusun dan lancar berbanding pilihan raya terdahulu.

Turut hadir menunaikan tanggungjawab ialah Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain, yang melaksanakan pengundian dalam suasana yang aman dan terkawal.

Menurut maklumat yang dipaparkan pada papan kenyataan SPR di pintu masuk pusat pengundian, pihak suruhanjaya menjangkakan sebanyak 193 undi, termasuk undi pos, akan diterima sepanjang proses pengundian awal di IPD Kota Belud hari ini.

Suasana sepanjang pagi turut menunjukkan kehadiran anggota yang tersusun mengikut arahan petugas SPR, memastikan segala prosedur dipatuhi bagi menjamin kelancaran dan integriti proses demokrasi tersebut.

Pusat pengundian awal di IPD Kota Belud adalah dibawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular