PRN SABAH
HomeUtamaSahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

Sahabat lama yang banyak berjasa – Hajiji

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berkaliber dan banyak berjasa kepada negeri, khususnya di kawasan yang pernah diwakilinya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Allahyarham merupakan seorang sahabat lama yang sentiasa dikenang atas sumbangan dan khidmat bakti yang diberikan sepanjang hayatnya sebagai pemimpin rakyat.

“Kami amat bersimpati dan berdukacita atas pemergian Allahyarham. Baru-baru ini kami dimaklumkan tentang keadaan kesihatannya, dan kini beliau telah kembali ke rahmatullah. Sudah tentu peristiwa ini amat menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi Ahli Parlimen Kinabatangan itu di rumahnya di sini pada Jumaat.

Beliau turut menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut.

“Saya bersama keluarga serta seluruh kepimpinan kerajaan negeri merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati yang setulusnya kepada keluarga Allahyarham.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Bung Moktar dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bung Moktar meninggal dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular