HomeUtamaJKR Sabah arah tindakan segera baiki kerosakan Jalan Sapulut–Kalabakan

JKR Sabah arah tindakan segera baiki kerosakan Jalan Sapulut–Kalabakan

Read Time:1 Minute, 6 Second

TAWAU : Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah telah mengambil tindakan segera susulan kerosakan jalan di Jalan Sapulut–Kalabakan KM 87.000, yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan orang ramai selepas tular di media sosial.

JKR Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak syarikat konsesi telah diarahkan melaksanakan pembaikan sementara dengan kadar segera di lokasi terlibat.

Menurut JKR, ia adalah bagi memastikan laluan berkenaan kekal selamat dan boleh dilalui oleh pengguna jalan raya.

“Kerosakan jalan tersebut dilaporkan melibatkan permukaan jalan berlubang serta takungan air yang berpotensi membahayakan keselamatan, khususnya kepada penunggang motosikal dan kenderaan kecil. 

” Kerja pembaikan kekal di laluan berkenaan masih berada dalam tempoh tanggungan kecacatan (Defect Liability Period) dan tanggungjawab pembaikan akan dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat kontraktor yang terlibat sehingga November 2026.

“Tindakan pembaikan sementara dilaksanakan sebagai langkah mitigasi awal sementara menunggu kerja pembaikan kekal dijalankan mengikut spesifikasi ditetapkan,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengurangkan kelajuan dan meningkatkan tahap kewaspadaan, terutama ketika hujan atau pada waktu malam, bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

JKR Sabah turut menegaskan komitmen mereka untuk terus memantau keadaan jalan raya di negeri ini dan mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan serta keselesaan pengguna.

Keadaan jalan itu menjadi perhatian ramai selepas beberapa gambar keadaan jalan rosak tersebar luas di media sosial sejak beberapa hari lalu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Rezeki penjual bunga, ‘tradisi’ unik Kg. Kuala Sapi jadi tumpuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular