HomeUtamaMasiung dilantik Pengerusi SEDCO baharu

Masiung dilantik Pengerusi SEDCO baharu

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) yang baharu.

Beliau menggantikan ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang yang sebelum ini menerajui syarikat berkaitan kerajaan negeri itu.

Masiung turut mengekalkan jawatannya sebagai Pengerusi Borneo Cement (S) Sdn Bhd yang disandangnya sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lalu.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, beliau merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor atas kepercayaan yang diberikan serta berjanji akan memikul amanah tersebut dengan penuh tanggungjawab.

Katanya, pelantikan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi memajukan SEDCO serta menyumbang kepada agenda pembangunan negeri Sabah.

Pada PRN lalu, Masiung, 53, mempertahankan kerusi DUN Kuamut selepas menang dengan majoriti 457 undi, sekali gus mencatat kemenangan lima penggal berturut-turut.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan segera diambil susulan banjir di dua kampung di Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular