KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah, dengan hujan lebat dijangka berlaku selama tiga hari bermula Jumaat sehingga Ahad.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan dijangka terjejas ialah Tawau, Kunak dan Lahad Datu.
Turut dilaporkan terlibat sama adalah di Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan.
“Amaran ini dijangka akan berlaku dalam tempoh tiga hari bermula 30 Januari iaitu Jumaat sehingga Ahad,1 Februari 2026.
“Amaran ini juga dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA



