HomeUtamaAhli perniagaan bebas pertuduhan aibkan kehormatan polis

Ahli perniagaan bebas pertuduhan aibkan kehormatan polis

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang pernah tular dalam insiden yang didakwa mengaibkan kehormatan seorang anggota polis semasa sekatan jalan raya lima tahun lalu, dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Ahli perniagaan Nur Jawaheer Ismail, 39, dibebaskan dan dilepaskan oleh Majistret Marily Kelvin tanpa dipanggil untuk membela diri.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, terutamanya berhubung niat untuk menngaibkan kehormatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mahkamah antara lain berkata bukti yang dikemukakan menunjukkan jurang material dan keraguan yang tidak dapat diselesaikan, termasuk kelewatan laporan polis, ketiadaan kata-kata yang didakwa dalam Laporan Maklumat Pertama, ketiadaan rakaman video utama sebagai bukti substantif, dan kekurangan bukti langsung yang dapat menyokong inferens jenayah dengan selamat.

Nur mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pada 18 November 2021.

Beliau didakwa mencemar kehormatan Koperal Maslin Samih dengan berkata “Nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau”, dengan niat agar kata-kata itu didengar oleh seorang anggota polis lain pada 1 Jun 2021, jam 5.30 petang, di sekatan jalan raya Jalan Kepayan.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum lima tahun penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

Pada 19 Mei 2023, Nur dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh mahkamah majistret di sini.

Namun pada 21 Jun 2023, Nur didakwa semula atas pertuduhan yang sama dan mengaku tidak bersalah.

Semasa perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil enam saksi.

Peguam Luke Ressa Balang, Hairul Vaiyron Othman, dan Angela Bultong Ubu @ Angela Ubu mewakili Nur, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ronnie Anthony mengendalikan pendakwaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Skandal Jabatan Air: Hampir 10 tahun, keputusan bakal diketahui 8 Mei

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular