HomeUtamaCakna keselamatan kebakaran elak kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa - Shah Alfie

Cakna keselamatan kebakaran elak kemusnahan harta benda, kehilangan nyawa – Shah Alfie

Read Time:1 Minute, 13 Second

PUTATAN: Komuniti setempat diseru agar meningkatkan tahap kesedaran terhadap aspek keselamatan kebakaran dalam usaha mencegah insiden kecelakaan yang boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda serta kehilangan nyawa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya berkata, penduduk di Putatan dan seluruh kawasan DUN Tanjung Keramat perlu lebih cakna terhadap hebahan daripada pihak berkuasa serta agensi berkaitan bagi mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya secara berterusan.

“Saya menyeru kepada para penduduk di Putatan supaya meningkatkan kesedaran mereka terhadap risiko-risiko kebakaran ini.

“Masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah aspek keselamatan terutama di kediaman masing-masing kerana sikap sambil lewa mengenai elemen keselamatan akan meningkatkan risiko berkenaan,” katanya sempena program derma darah anjuran Persatuan Bulan Sabit Putatan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, di sini, hari ini.

Dalam program berkenaan, Shah Alfie diwakili oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Keramat, Latip Jiar.

Hadir sama adalah Ketua BBP Putatan; Musran Jabri, Timbalan Pengerusi PBSM Putatan; Harun Hamidun dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tg Keramat; Syed Arizal Karim.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Shah Alfie berkata ia merupakan platform strategik dalam merapatkan hubungan komuniti setempat serta pada masa sama menyumbang secara langsung kepada tabung darah hospital bagi membantu pesakit yang memerlukan.

“Insya-Allah, program ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Program ini bukan sahaja mendekatkan pihak berkuasa atau agensi kerajaan bersama masyarakat awam, bahkan ia dapat menyumbang kembali kepada mereka yang memerlukan khususnya stok-stok bekalan darah yang sentiasa diperlukan di fasiliti hospital,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Lima lelaki ditahan, polis rampas barang kes pecah rumah di Penampang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular