HomeUtamaLima lelaki ditahan, polis rampas barang kes pecah rumah di Penampang

Lima lelaki ditahan, polis rampas barang kes pecah rumah di Penampang

Read Time:1 Minute, 5 Second

PENAMPANG: Polis berjaya menahan lima lelaki dan merampas pelbagai barangan dipercayai berkaitan kes pecah rumah dalam satu serbuan di daerah Putatan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, tangkapan itu dibuat susulan siasatan kes pecah rumah di sebuah kediaman tidak berpenghuni yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian di daerah ini, dengan anggaran kerugian kira-kira RM10,000.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menjalankan serbuan ke atas sebuah rumah di Putatan sebelum menahan kesemua suspek.

“Lima lelaki berusia antara 26 hingga 31 tahun ditahan dan pelbagai barangan yang disyaki hasil curi turut dirampas bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan kes pecah rumah dan dadah, manakala saringan awal air kencing mendapati dua daripada suspek positif dadah.

Kesemua suspek kini ditahan di lokap IPD Penampang dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, beliau menegaskan komitmen polis daerah dalam membanteras jenayah harta benda dan menasihatkan orang awam supaya sentiasa memastikan keselamatan premis serta harta benda, khususnya rumah yang tidak berpenghuni.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti jenayah diminta menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

RELATED ARTICLES
Utama

MAFFI fokus perkasa sektor pertanian luar bandar – Jamawi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular