HomeUtamaPBS dekati rakyat, perkukuh perpaduan di Sandakan

PBS dekati rakyat, perkukuh perpaduan di Sandakan

Read Time:1 Minute, 15 Second

SANDAKAN: Pendekatan turun padang melalui program walkabout terus menjadi antara kaedah berkesan dalam memperkukuh hubungan kepimpinan dengan rakyat, selain menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum.

Mencerminkan komitmen tersebut, Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, bersama barisan kepimpinan parti telah mengadakan program walkabout sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar bandar Sandakan, hari ini.

Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu dimulakan di Pasar Bandar Ramai sebelum diteruskan ke Pasar Kim Fung, bagi menyantuni para peniaga serta orang awam sambil menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina.

Antara yang turut hadir ialah Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Yee Moh Chai; Bendahari Agung PBS, Datuk Lu Kim Yen; Naib Presiden PBS, Datuk Linda Tsen; Timbalan Setiausaha Agung PBS, Datuk Jonnybone Kurum; dan Ketua Exco Pemuda PBS, Datuk Christoper Mandut.

Dalam pada itu, Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur serta ahli-ahli parti atas komitmen dan sokongan berterusan dalam menjayakan program berkenaan.

Beliau menegaskan bahawa penganjuran program seumpama ini selari dengan aspirasi PBS untuk terus mendekati rakyat di peringkat akar umbi, selain memupuk hubungan harmoni dan saling menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sabah.

Program walkabout ini turut menjadi platform bagi kepimpinan parti untuk mendengar pandangan serta aspirasi rakyat di peringkat akar umbi, sejajar dengan usaha berterusan PBS memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

Rombongan PBS dari beberapa Bahagian turut mengambil peluang beramah mesra dengan Joachim dan kepimpinan tertinggi parti selepas aktiviti walkabout selesai.

RELATED ARTICLES
Utama

Cuaca panas: pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular