HomeUtamaWalkabout perkukuh jalinan kerajaan-rakyat, respon isu lebih pantas – Shahelmey

Walkabout perkukuh jalinan kerajaan-rakyat, respon isu lebih pantas – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 17 Second

PUTATAN: Program walkabout terus menjadi platform strategik kerajaan dalam memperkukuh hubungan langsung bersama komuniti setempat, khususnya menjelang musim perayaan.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, pendekatan turun padang melalui Pejabat Parlimen, Pejabat Dewan Undangan Negara (DUN) serta agensi berkaitan meninjau situasi sebenar di lapangan.

Menurut beliau, inisiatif tersebut meningkatkan keupayaan kerajaan untuk memperhalusi kaedah-kaedah penyelesaian isu-isu rakyat termasuk peniaga dan penghuni kawasan perumahan yang dilawati.

“Ia sudah tentu memberikan maklum balas secara telus di peringkat lapangan di mana kita bertemu secara bersemuka dengan masyarakat.

“Sehubungan itu, menerusi program walkabout bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan persediaan bulan Ramadan ini amat penting kerana kita secara efisyen dapat menerima input dan pandangan terus daripada masyarakat bagi penambahbaikan perkhidmatan atau isu setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program walkabout dan pengedaran kotak limau bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di deretan kedai Pekan Tanjung Aru dan Sembulan, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tg Keramat; Shah Alfie Yahya dan pemimpin setempat.

Mengulas lanjut, Shahelmey yang juga Pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) berkata, program berkenaan signifikan dalam memperkukuh semangat perpaduan dan toleransi antara kaum, khususnya bersama komuniti Tiong Hua di kawasan tersebut.

“Di Sabah, kita sentiasa bertoleransi tinggi di antara suku dan kaum lain, menerusi program ini kita juga berkongsi kemeriahan bersama mereka dalam sambutan Tahun Baharu Cina.

“Selain mengagihkan limau, kita juga sempat berinteraksi dengan para penduduk Tiong Hua di Tg Aru dan Sembulan yang mana ianya merupakan program tahunan dilakukan di peringkat parlimen kita,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Ops Selamat 2026 : Enam kawasan ‘hotspot’ kemalangan jadi tumpuan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular