HomeUtamaUMS hargai profesionalisme pengamal media ketika berdepan cabaran

UMS hargai profesionalisme pengamal media ketika berdepan cabaran

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Pengamal media di negeri ini memainkan peranan penting dalam membina keyakinan masyarakat terhadap institusi pendidikan tinggi khususnya Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS Profesor Dratuk Dr Kasim Mansor berkata, ia termasuklah peranan media dalam membantu mengangkat pencapaian penyelidik selain kejayaan pelajar serta sumbangan komuniti termasuk reputasi UMS di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Tahun lalu merupakan satu tempoh yang mencabar buat UMS. Kita berhadapan dengan isu krisis bekalan air yang memberi kesan langsung kepada kebajikan warga kampus.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Raman Noordin.

“Dalam masa yang sama, terdapat juga dinamika aktivisme pelajar serta beberapa isu yang tular di media sosial yang secara tidak langsung mencalar reputasi UMS.  Dalam kita berdepan dengan tempoh sukar tersebut, media telah mengambil peranan  yang signifikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Sahabat Media UMS di sini pada Ahad.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Raman Noordin.

Kasin berkata, pengamal media di negeri ini telah menunjukkan profesionalisme yang tinggi dan komitmen terhadap etika kewartawanan terutama ketika beberapa isu yang melanda universiti itu.

“Media memilih untuk mendapatkan pengesahan fakta, memberi ruang kepada pihak universiti untuk menjelaskan keadaan sebenar, dan melaporkan isu secara seimbang, bukan berlandaskan emosi dan sensasi.

“Inilah yang membezakan kewartawanan berintegriti dengan penyebaran maklumat tanpa tanggungjawab. UMS amat menghargai bagaimana pihak media membantu memastikan naratif yang sampai kepada masyarakat adalah berdasarkan fakta dan kebenaran,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dividen dan inisiatif kesihatan perkukuh kebajikan anggota KOPEKS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular