HomeUtamaOps Bangunan Bersih Pusat Bandar: DBKK keluarkan notis dan kompaun

Ops Bangunan Bersih Pusat Bandar: DBKK keluarkan notis dan kompaun

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengesan pelbagai pelanggaran peraturan bangunan dan kebersihan premis dalam Ops Bangunan Bersih Pusat Bandar yang dijalankan di sekitar Bandaran Berjaya dan Kampung Air.

Operasi yang berlangsung dari 3 hingga 10 Februari lalu melibatkan enam anggota dari Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Penguatkuasaan DBKK itu meliputi pemeriksaan terhadap 63 lot premis.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa pelanggaran utama, termasuk pembinaan bilik-bilik kediaman tanpa kelulusan pihak berkuasa, penggunaan bahan binaan tidak mematuhi syarat keselamatan kebakaran serta kebocoran sistem perpaipan yang mencemarkan kaki lima awam.

Turut dikesan ialah pengabaian kebersihan premis seperti longgokan sisa binaan dan barangan persendirian di laluan belakang premis.

Sebagai tindakan penguatkuasaan, sebanyak 44 notis dikeluarkan bagi kes pembinaan tanpa kelulusan.

Selain itu, 17 kompaun dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 (Pindaan 2005) dan 16 kompaun di bawah UUK Bangunan 1951 (Pindaan 1987).

DBKK memaklumkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan premis sentiasa selamat, bersih dan mematuhi undang-undang kecil yang berkuat kuasa.

Pemilik premis turut diingatkan supaya mengambil tindakan pembetulan segera tanpa menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.

RELATED ARTICLES
Utama

MPI rancang program pembangunan bakat media di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular