HomeUtamaKerajaan Negeri pantau rapi situasi banjir

Kerajaan Negeri pantau rapi situasi banjir

Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sedang memantau rapi situasi banjir di kawasan yang terjejas.

Beliau berkata semua sumber yang ada sedang digerakkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi menyalurkan bantuan dan membantu mangsa di kawasan yang terjejas.

“Saya telah mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) untuk mengaktifkan jenteranya bagi memastikan bantuan segera disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Menurut JPBN, seramai 406 individu daripada 124 keluarga telah dipindahkan ke lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kota Marudu dan Pitas.

JPBN juga sedang memantau situasi di Sandakan dan Paitan.

Ketua Menteri menasihati penduduk di kawasan rendah dan berisiko tinggi supaya sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan, susulan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Sementara itu, Kerajaan Negeri hari ini menyampaikan sumbangan kepada 16 individu yang terjejas akibat kebakaran di Kampung Tanjung Aru pada 18 Februari lalu.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya dan Pengarah Yayasan Kebajikan Sabah (YKS), Datuk Diyanah Abdullah menyampaikan sumbangan tersebut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sembulan.

RELATED ARTICLES
Utama

Rompak guna pisau, lelaki dipenjara 6 tahun 1 sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular