HomeUtama2,288 mangsa banjir di enam daerah, Beaufort catat peningkatan

2,288 mangsa banjir di enam daerah, Beaufort catat peningkatan

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Jumlah mangsa terjejas banjir di enam daerah di Sabah meningkat kepada 2,288 orang melibatkan 935 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 140 kampung terlibat dengan 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) diaktifkan.

Daerah Beaufort mencatatkan peningkatan jumlah mangsa apabila 945 orang melibatkan 291 keluarga ditempatkan di beberapa PPS, manakala 58 kampung dilaporkan terjejas.

Di Pitas, seramai 528 orang melibatkan 318 keluarga masih berada di PPS melibatkan 46 kampung, dengan keadaan dilaporkan kekal.

Sipitang pula merekodkan 421 mangsa daripada 176 keluarga melibatkan 21 kampung, manakala Membakut mencatatkan penurunan kepada 315 mangsa daripada 125 keluarga.

Di Sook, seramai 79 mangsa daripada 25 keluarga masih ditempatkan di PPS, manakala Tenom masih dalam proses pendaftaran.

Antara PPS yang beroperasi termasuk Dewan Terbuka Kanibongan dan Dewan Sinukab Kanibongan di Pitas; Pusat Pemindahan Kekal Selagon serta PPS Dewan DUN Banir di Beaufort; Dewan Kesenian Islam dan SMK St Patrick di Membakut; Dewan Mini Mesapol, Dewan SK Padang Berampah serta Dewan SMK Padang Berampah di Sipitang; dan Dewan SLDB Dalit Gana di Sook.

RELATED ARTICLES
Jabatan Meteorologi Malaysia Hujan cuaca
Utama

Ribut petir, hujan lebat diramal landa Sabah pagi ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular