HomeUtamaPolis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan Kerajaan

Polis siasat dakwaan konspirasi jatuhkan Kerajaan

Read Time:52 Second

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan wujud cubaan untuk menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan itu membabitkan dakwaan penglibatan seorang individu berpengaruh tempatan bersama sebuah agensi media antarabangsa.

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

“Seksyen 124B memperuntukkan bahawa sesiapa yang dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, apabila disabitkan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menegaskan siasatan masih diteruskan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sementara PDRM melengkapkan siasatan.

Katanya, tindakan itu penting bagi menghormati prinsip keadilan jenayah serta memastikan proses perundangan berjalan dengan telus dan adil.

Beliau berkata, pihaknya turut memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara profesional dan menyeluruh selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

RELATED ARTICLES
Utama

Kes wanita dikerat: Lelaki 71 tahun didakwa membunuh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular