HomePolitikBiro Penerangan diperkasa, Gagasan Rakyat perkukuh persiapan hadapi PRU

Biro Penerangan diperkasa, Gagasan Rakyat perkukuh persiapan hadapi PRU

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah akan terus diperkasa sebagai jentera utama bagi memastikan penyampaian maklumat parti kepada rakyat lebih tersusun, berkesan dan menyeluruh menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Parlimen akan datang.

Ketua Penerangan parti itu, Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peranan biro penerangan kini semakin kritikal dalam mendepani landskap politik semasa yang dipenuhi pelbagai persepsi, maklumat tidak tepat serta propaganda pihak lawan.

Menurutnya, kesiapsiagaan jentera penerangan di semua peringkat perlu dipertingkatkan, bukan sahaja dari segi struktur organisasi, malah melibatkan penguasaan naratif, penggunaan media digital dan keupayaan berkomunikasi secara efektif dengan rakyat.

“Biro Penerangan bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi menjadi benteng utama parti dalam mempertahankan dasar, menjelaskan isu serta menangkis fitnah.

“Kita mahu setiap lapisan kepimpinan dan ahli memainkan peranan sebagai penyampai maklumat yang sahih dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa latihan, program penerangan serta gerak kerja bersepadu akan terus dilaksanakan bagi memastikan semua jentera benar-benar bersedia menghadapi PRU.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan kesatuan dan disiplin dalam kalangan ahli parti agar mesej yang disampaikan selari dengan pendirian serta hala tuju kepimpinan.

“Persiapan menghadapi PRU bukan hanya soal jentera pilihan raya, tetapi melibatkan kekuatan naratif dan keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti.

“Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan, dengan mesej yang jelas, konsisten dan berfokus kepada kepentingan rakyat Sabah,” tegasnya.

Beliau yakin, dengan kesiapsiagaan rapi serta komitmen tinggi daripada seluruh jentera penerangan, Gagasan Rakyat Sabah mampu menghadapi PRU dengan lebih tersusun dan berdaya saing.

RELATED ARTICLES
Utama

Semangat Rewang suburkan ukhuwah warga UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular