HomeUtamaKetua Menteri, isteri hadiri sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu

Ketua Menteri, isteri hadiri sambutan Aidilfitri Istana Seri Kinabalu

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag antara tetamu yang menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Istana Seri Kinabalu, pada 1 Syawal.

Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh harmoni itu turut diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama Toh Puan Faridah Tussin.

Turut hadir memeriahkan majlis itu ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Speaker Dewan Undangan Negeri, barisan Menteri Kabinet, Pembantu-Pembantu Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), konsul kehormat dari negara asing serta pegawai kanan kerajaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan jamuan Aidilfitri yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional, diiringi persembahan yang menambahkan kemeriahan suasana.

Acara kemudian diteruskan dengan sesi bergambar bersama Yang di-Pertua Negeri dan Toh Puan sebagai simbol penghargaan serta kenangan kepada para tetamu yang hadir.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa dan Hajiji solat sunat Aidilfitri bersama jemaah di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular