HomeUtamaInsiden konfrontasi cetus tindakan Zara akhiri nyawa

Insiden konfrontasi cetus tindakan Zara akhiri nyawa

Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa insiden konfrontasi merupakan faktor pencetus dan pemangkin kepada tindakan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir mengakhiri nyawa sendiri.

Saksi ke-67, Pakar Psikiatri Forensik Dr Chua Sze Hung, 43, berkata kejadian mengakhiri nyawa itu berkemungkinan tidak akan berlaku pada pagi atau malam berkenaan sekiranya konfrontasi di dalam bilik asrama tidak berlaku.

Saksi itu berkata beliau tidak menolak kemungkinan tindakan mengakhiri nyawa mungkin boleh berlaku pada waktu lain atau dalam keadaan berbeza di bawah faktor ketidakstabilan tertentu, namun ia tidak mungkin berlaku pada masa kejadian tanpa konfrontasi berkenaan.

Menurutnya lagi, mekanisme daya tindak Zara kebanyakannya melibatkan usaha mendapatkan sokongan serta interaksi dengan rakan sebaya, menulis diari dan pada tahap tertentu melakukan kecederaan kendiri tanpa niat bunuh diri (Non-Suicidal Self-Injury, NSSI).

BERITA LANJUT MENYUSUL…

RELATED ARTICLES
Utama

Bekalan tenaga cukup tampung permintaan cuaca panas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular